aksara

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi....."

Saturday, June 13, 2009

bila aku berpijak pada bumi yang nyata.....


Kata begitu indah untuk dipersembahkan dengan tulisan mahupun dengan ucapan. Namun ada yang bakal menilai kita secara total dengan apa yang kita perkatakan dan ada yang akan menjatuhkan mandatori bahawa sesungguhnya kita adalah seperti apa yang kita tulis. Betullah, apa yng kita tulis itu akan menunjukkan siapa kita, dari segi gaya persembahan tulisan itu akan menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Tetapi, perlu diingat ada yang mampu bertukar menjadi "orang lain" atau pun jadi hipokrit hanya untuk menjadi sempurna pada mata orang lain. Namun malangnya ada juga yang tahu dan dapat hidu siapa orang yang menulis itu walau tanpa pernah melihat dan mampu menilai sikap dan tatasusila seseorang itu.

Aku memang suka bercakap, sejak usia aku 4 tahun lagi aku sudah tahu mengeja nama aku dengan betul dan akibatnya aku mengikuti pra-sekolah seawal usia 5 tahun. Aku memang petah berkata-kata meskipun tidak semua yang aku katakan itu "ada isi". Hak aku bersuara sangat tinggi aku junjung tanpa pernah membelakangkan segala norma yang perlu dijaga dan tidak harus dilanggar. Aku akui kadang-kadang aku pernah lukakan hati orang lain hanya dengan sebaris perkataan sahaja dan jangan pernah terkejut kalau aku pernah malukan orang lain dengan hanya menggunakan satu perkataan sahaja.

Pekung di dada kadang-kadang perlu dibuka, bukan untuk mengaibkan tapi untuk menilai dan muhasabah diri sendiri agar kita senantiasa sedar dan cuba memperbetulkan diri kita bukan sahaja atas kepentingan orang lain tapi pada hakikatnya untuk diri kita yang jauh lebih penting. Pada dasarnya, aku ne memang "mulut leser" tapi aku hanya katakannya pada luarannya dan ada yang memahami diri ini dan mengerti bahawa aku hanya cakap sahaja tapi tidak maksudkannya dalam hati. Tapi aku tidak tahu apa yang dirasakan oleh orang lain sedang dia ketawa halhal dalam hati dan benaknya penuh dengan kebencian dan amarah yang mendalam.
Silapnya aku lupa bahawa aku juga punyai kekurangan yang sangat tidak mampu aku penuhi atau puaskan hati semua orang. Namun aku juga sentiasa belajar untuk menerima apa sahaja yang datang kepada aku meskipun kadang-kadang pahit untuk ditelan namun aku cuba fikirkannya mungkin ianya akan mungkin mengajar aku satu pelajaran yang sangat bererti.

Dan buat sesiapa diluar sana yang pernah terluka dengan apa yang aku katakan secara serius ataupun dalam berjenaka atau pohon ampun dan maaf, aku sedar bahawa aku punyai kesilapan masing-masiing dan mungkin khilaf aku iaitu "mulut aku" ini merosakkan hubungan antara aku dan kamu semua yang ada diluar sana.......tapi jangan risau aku tetap sayangkan kamu semua.....I LOVE YOu......

Thursday, June 4, 2009

Kalau aku adalah kau......


Aku bukanlah sebaik mana pun, aku pun ada kelebihan dan kesilapan yang manusia lain aku yakini pernah lakukannya sebelum ini. Namun persoalannya adakah kita mahu "mengulang sejarah" tapi tidak semua sejarah lalu adalah keburukan. Oleh itu, anda adalah dibolehkan mengulang sejarah yang baik dan BUKAN yang buruk. Aku adalah insan yang lemah dan sentiasa buat kesilapan dalam keadaan sedar ataupun tidak. Biasalah "break the roles is fun" dan ianya begitu mengeronokkan sehingga kita mahu mengulanginya sehingga ianya boleh merosakkan diri kita dan orang disekeliling kita. Ibu aku pernah berpesan, "wan, walau di mana pun kau berpijak, ingat! ada yang memerhati kau dibelakang, bukan manusia, tapi tuhan"

Aku bukanlah kuat agama sehingga aku pakai tudung labuh! HAHAHHAHAAHAH. Tapi ibu mana yang nak anaknya jadi "sampah" dan sedaya upayanya ibu akan mendidik anaknya menjadi sesempurna hamba tuhan dan insan yang mulia disisi insan lain. Tapi aku pegang satu ungkapan manis dari seorang guru aku, Allahyarhamah Cikgu Che Puteh Che Khamis; "bukan semua manusia layak bergelar insan" Memanglah pada dasarnya manusia dan insan membawa makna yang sama, tapi insan adalah gelaran yang paling tinggi dalam konsep manusia. Untuk jadi insan kita perlu jadi yang terbaik, dan bukan mudah untuk jadi terbaik tapi tidak salah jiika kita mencuba walaupun kadang-kadang kita tempuhi kegagalan. Kerana percayalah kegagalan itu adalah PETANDA kejayaan....tapi kita sendiri yang tentukan sama ada kita akan terus rebah dan meratap kegagalan ATAU bangkit dari jatuh dengan penuh luka namun terus tabah dan berlari sehingga dihujung jalan yang pastinya menjanjikan kejayaan.....

Aku sebenarnya bukannya sebaik mana, namun adakah aku perku membuka pekung di dada, tapi untuk kita lebih mengenali adalah lebih baik untuk kita berlaku jujur...sebab punca kejayaan kelmarin adalah disebabkan kejujuran. Hari ini? ala! kita sendiri tahu dunia sekang tidak lagi memandang INTEGRITI, kalau ia pun kenapa di tubuhkan Institusi Integriti Malaysia (IIM). Sebagai contoh paling dekat Debat Perdana Integriti yang baru sahaja berlangsung anjuran Majlis Debat Universiti Universiti Malaysia (MADUM) yang kali ini Universiti Teknologi Malaysia(UTM) menjadi tuan rumah. Apa pulak kaitannya dengan aku.....

Sebab aku secara langsung terlibat, disini lah aku mengenali banyak orang, event kawan dari "universiti" yang sama pun baru aku kenali the true colors of theme....aku bukan niat nak mengumpat ataupun cuba memburuk-burukkan orang lain. Tapi percayalah, kita ne akan sentiasa berada dalam serba kekurangan sehingga KERAP kali melakukan kesilapan yang sama. Ada orang kata yang kita perlu berikan 100% komitment tapi kalau orang itu sendiri tidak mampu berikan komitment yang DIA tuntut sendiri ianya seperti memakan SUMPAH sendiri. Aku anggap dia kawan aku yang aku boleh percayai. Tapi sebaliknya....aku begitu berasa hati bila dia keluarkan statement "ala, kalau jadi wakil, setakat jadi simpanan?" dan statement itu dikeluarkan DIA dihadapan pendebat USIM, UTHM, UDM dan AJK dari UTM. Aku berasa hati sangat sehingga DIA ingin menutup aib sendiri membuka pekung orang lain dan mencanang-canang perkara itu.

Seperti kata Kak Intan; " dalam dunia debat ni, bukan setakat kontorversi, kawan makan kawan pun ada" sehinggaka aku terlupa yang sebenarnya aku sedang tidur di sebelah "musuh" aku sendiri. Aku seolah-oleh sentap dengan sikap manusia yang secara total berubah hanya disebabkan perkara kecil dan remeh. Aku begitu terkejut sehingga DIA membelakangkan persahabatan yang aku rasa agak lama terjalin. Biasalah manusia, kadang-kadang lakukan kesilapan. Aku sudah maafkan DIA pun, tapi untuk percayakan dia T.I.D.A.K.

p/s: kalau kita ingin hasilkan yang terbaik, berfikir untuk memberikan yang terbaik, bukan berfikir untuk jadi yang terbaik. semoga tuhan senantiasa memberikan kita kesedaran dan keinsafan tentang kesilapan kita dan nilai semula di mana kita sebenarnya.

salam keindahan....

Wednesday, June 3, 2009

Dan sebenarnya.....

sebenarnya....bukan lagu Yuna, tapi blog ni baru je aku buat semalam. aku masih lagi d UMS, lepas dari UTM untuk Debat Perdana Integriti aku tak balik Tawau lagi. Aku ada gak singgah kat rumah pak cik aku kat Kota Belud, bukan ikan belud ar! dan ketiga-tiga post yang aku buat di bawah ni adlah copy paste dari blog aku kat friendster http://drowofthesky.blog.friendster.com.

Sementara menumpang kat UMS ne, aku joint la program SEMEGA, Selangkah Ke Menara Gading, anjuran Exco Akademik dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009. Best juga! sekurang-kurangnya ianya beri aku gambaran awal untuk Minggu Suai Mesra MSM untuk sesi 2009/2010 nanti yang bakal berlangsung akhir bulan Jun nanti. Aku dapat rasakan bertapa indahnya hidup sebagai pelajar sekolah menengah pada saat ini. Aku cukup bersyukur yang aku tidak akhiri saat bersekolah dulu dengan melepak dan tidak membuat sumbangan dan apa-apa balasan atas jasa guru yang selama 14 tahun mendidik aku semenjak aku 2 kali prasekolah lagi.

Tidak berakhir di situ, aku kini bergelar mahasiswa. 2 tahun atau 4 semester lagi aku akan menempuh alam pekerjaan. Walaupun seblum ini aku sudah merasai alam itu, semasa menunggu keputusan UPU dulu, aku sudah merasakan bertapa sukarnya mencari sesen wang. Baru aku dapat rasai bertapa indahnya pengorbanan seorang ayah terhadap anak-anaknya serat bertapa mulianya dia sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk memebesarkan dan memelihara kita bukan sahaja dengan membekalkan kita dengan wang ringgit, tapi juga dengan didikan agama dan moral agar kita menjdai seorang insan yang berguna.

Nilai sebuah bangsa terletak ditangan anak muda, belialah yang akn menentukan MALAYSIA hari esok. kerana bukan sahaja mereka yang bakal memimpin negara kita pada masa hadapan, tetapi mereka lebih daripda itu. Bukan sahaja sebagai anggota pelaksana mereja juga adalah anggota penggerak dan pengguna yang akhirnya menentukan siapa MALAYSIA pada masa hadapan. Pengukuhan modal insan yang dicanak-canak oleh kerajaan hari ini telah mala diaplikasikan dalam institusi keluraga. Setiapa rantaian itu bermula dari rumah, namun guru adalah penggerak utama kepada usaha membentuk insan yang cemerlang.

Bimbingan dan didikan daripada ibu bapa sudah mencukupi untuk menjadikan anak mereka sebagai manusia yang baik namun, kehadiran guru bakal menentukan kecemerlangan anak tersebut. Semasa SEMEGA ni, aku tidak pernah jadi hipokrit berhadapan dengan adik-adik ne, walaupun ada yang berpesan "tidak baik membuka pekung di dada, terutama sekali bila ianya mampu mengaibkan diri sendiri dan orang lain" namun sejarah mengajar kita. Aku tidak mahu "mengubah FAKTA" yang sbenarnya wujud dan benar hanya semata-mata untuk meutup aib orang lain. Memang Islam mengajar kit agar tidak memburuk-burukkan orang lain. Sedang aku masih berpegang kepada satu prinsip. "Jika kamu menjaga aib saudara kamu di dunia, nescaya Allah akan menjaga aib kamu di akhirat"

Persoalannya adakah kita harus menutup aib orang yang sebenarnya merosakkan diri kita sendiri? setiap individu ada pendirian masing-masing. Apa yang peting aku sebagai yang lebih dewasa telah mendidika adik-adik yang mengikuti SEMEGA agar senantiasa:
1. I LOVE MY SELF.
2. I RESPECT YOU SO, PLEASE RESPECT ME.
3. WHO I AM TODAY, WILL DETERMINE WHO I AM TOMORROW.

chau.....

Mana lebih sakit: Tangan yg luka berbalut atau hati yg luka tidak berbalut?

Sungguh tidak ku sangka, hari ni aku pergi kelas management accounting dan bila aku sudah lama duduk dalam kelas dalam keadaan mengantuk, pensyarah aku datang dan cencel class hari ini. Ya, aku memang gembira kelas batal, tapi sakitnya nanti mahu buat replacement class pula….

Sebagai menunai janji, ada kawan saya yang tak sabar nak baca saya yang merapuh “Mana lebih sakit: Tangan yg luka berbalut atau hati yg luka tidak berbalut” sampaikan dia sms aku semalam untuk membuat conformation! Heee, aku saje je nak cerita pasal masalah aku dan cuma ingin meringankan beban di dada, bukan mau simpati atau perhatian orang lain pun….

Seikhlasnya jika kamu sayangkan seseorang adakah kamu mahu ianya dalam keadaan baik? Ya, semestinya bagi aku. Tapi lain bagi aku kerana untuk memastikan semua orang yang aku sayang dalam keadaan baik dan sempurna bukan mudah. Kerana ada yang jauh dari sudut geografi, segi psikologi, dan bentuk perasaan. Pemisah antara jarak sekarang bukan satu alasan, aku bisa berhubung dengan mereka sejauh mana pun mereka tapi adakah aku dapat pastikan keadaan mereka yang jauh daripada mata ku.

Meskipun ada yang dekat pada mata ku, aku masih tidak mampu untuk melihat hatinya, bila suatu hari aku dapat tahu orang itu sakit, dan sehingga dia kerap pergi ke hospital untuk menjalani x-ray kerana masalah sakit dada dan batuk. Aku bagai tak tahu nak buat apa? aku cuba berhubung dengan kawan dan sahabatnya yang terdekat. Namun aku tidak berjaya mengorek rahsia. Sehingga hari ini aku tidak tahu, dan yang lucunya pada masa itu aku dan dia bagaikan “durian dan mentimun” kerana aku hanya memveri tahu bertapa aku sayangkan dia. Heee…hari ini aku rasakan semua ini bagaikan menguji aku sekali lagi.

Bila kelmarin aku lihat tangannya dalam keadaan berbalut, ingin sahaja aku terus lihat dan tanyakan apakah sebabnya? kenapa sampai jadi macam tu? saki ka? patah? terselihu? luka? tapi hati ku sendiri halang aku dari buat seperti itu. Andainya aku lakukanya aku akan disisihkan, perbuatan ku itu akan disalah anggapkan bukan setakat oleh orang lain yang melihatnya, tapi dirinya sendiri akan berperi laku seperti itu. Aku tidak terkilan, tapi terluka. Aku cuba tersenyum dalam keadaan menahan perasaan aku meluahkan rasa. Bila pada masa yang sama aku cuba “berlakon” seperti tidak tahu apa-apa, sebaliknya ada yang bertanyakan dengan aku, sedang aku juga sibuk menyoal orang lain tentang “tangan berbalut” itu.

Sungguh! aku cuba tutup mulut aku daripada bertanyakan kepada orang tentang “tangan berbalut” itu, tapi mulut aku sukar untuk berdiam dan bila orang dapat perasan aku sekali lagi menahan perasaan dengan “berlakon” dengan menyatakan “padan muka dia sana, aku peduli apa?” semakin panjang nafas yang aku hela sebenarnya.

Niat ku bukan untuk menunujukkan bahawa aku ambil berat tanda sayang! tapi aku cuma ingin tahu apa yang berlaku? sehinggakan dia tidak datang untuk memduduki peperiksaan pertengahan semester. Teruk sangatkah? sampai tak boleh menulis? aku cuba untuk diamkannya sekali lagi. Tapi apa yang aku lihat dia menghantar kawan dia ke dewan peperiksaan. Boleh juga dia memandu? Aku cuba tahan lagi hati aku daripada menanyakannya. Semakin aku cuba menahan semakin ianya memberontak untuk memuntahkan persoalan. Lewat Maghrib kelmarin aku sms dia untuk bertanya tentang “tangan berbalut”

Malangnya, dia masih mampu ketawa dan sibuk menanyakan tentang soalan yang keluar semasa aku exam sebelum itu. Aku yang dalam keadaan risau, dia masih mapu ketawa. Aku cuba berpura-pura mengejek dia di sebabkan jatuh dalam bilik. Entah macam mana dia terjatuh aku pun tak tahu. Sejauh mana serius tangan dia cedera pun aku tak tahu. Aku menarik nafas yang panjang sekali lagi. Biarlah, aku cuba untuk terus menahan perasaan daripada aku pamerkan agar aku masih tetap bisa menatap matanya, mendengar suarannya dan terus menjadi pencinta pada insan yang tidak pernah mahu mengerti…

Sedayanya aku cuba….

Bukan mudah puaskan hati semua orang....

Sebenarnya aku ingin bercerita tentang cinta, tapi aku sebenarnya tidak layak pun nak bercerita tentang cinta sebab aku tidak pernah merasa cinta. Namun hati ku pernah terkena tempias cinta. Mulalah aku merepek macam mau bersajak. Seawal usia 10 tahun aku sudah ada perasaan ingin memiliki dan dimiliki, menyayangi dan disayangi dan perasaan itu terus mengejar dan tidak mahu lepaskan ku pergi dan ianya semakin erat mengikat aku. Persoalannya dengan siapa? tiada siapa pun, aku hanya seorang yang bertepuk sebelah tangan.

Bila aku merasa sesuatu yang boleh buat aku tersenyum sendiri, termenung jauh, kelu seribu bahasa, berjaga semalaman, tapi aku tidak pernah tak lalu makan sebab aku memang kuat makan! ada satu ketika aku seolah olah punyai kuasa untuk mengesan kehadiran orang yang aku suka itu, sepertinya hati ku akan berdegup kencang, seluruh badanku menjadi sejuk, hatiku yang tenang menjadi gelisah dan sepertinya aku seekor ibu kucing yang kehilangan anak. Namun, apabila orang itu muncul di depan mataku, semua itu hilang berganti dengan tersengih sengih sendiri dan seolah aku berada dalam dunia kau sendiri. Adakah ini yang dinamakan cinta?

Bohong jika aku katakan aku tidak pernah luahkannya. Pernah sekali semasa aku berusia 15 tahun aku luahkan isi hati yang lama membeku dengan menulis surat cinta berwarna jingga yang terlampau ‘flowering’ sampaikan cikgu bahasa Melayu pun dapat tangkap dan bagi tabik ‘spring’ dengan hasil sastera aku tu. Herm…..apa kan daya orang yang aku suka itu, suka dengan orang lain. Walaupun aku cuba untuk terima dengan rela dan anggap ianya untuk kebahagiaan orang yang aku suka. Setiap hari aku lihat orang yang aku suka bergelak tawa, berjalan seiring, berpegang tangan…apa semua ini?

Walupun semua ini berlaku, aku masih tetap merasakan sesuatu, bayangkan pada suatu hari aku sakit dan tidak ke sekolah hampir dua hari dan aku semakin lemah tanpa melihat wajahnya! mak aku berikan ubat pahit, akar kayu dan kunyit. Wark…….muntah! aku telan juga dengan niat ‘demi dia-surat jingga’. Ini lagi lucu, bayangkan waktu tu aku menari untuk satu majlis di sekolah dan pinjam kain songket dia, aku bawa tidur tu kain songkit sebagi selimut. Eh……..tak malu!

Tapi aku bukan orang yang mudah untuk berputus asa dan terus mahu membunuh diri untuk semua itu. ‘I can get more better than that!’ kononnya dengan berkata itu aku boleh lupakan dia ‘surat jingga’. Dunia ini terus berputar dan tidak akan berhenti sehinggalah masanya tiba. Semua itu mengajar aku erti dewasa dan pengalaman yang terlalu berharga dan seandainya aku tidak merasa semua ini aku tidak akan mengenal banyak erti kehidupan iaitu erti cinta, erti sayang, erti kecewa, erti derita, erti ? ? ? banyaklah lagi. Sampaikan aku malas nak taip.

Sewaktu aku berusia lebih matang, aku dilanda banyak masalah untuk cinta. Bila mana aku sendiri tidak dapat terima ada orang yang sukakan aku sedangkan aku rasai sebaliknya. Sepertinya Tuhan ingin tunjukkan pada aku bahawa sesungguhnya kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Bila aku merasa itu, aku menjadi rimas, seperti ada sahaja mata mata yang bersembunyi yang sedang memerhati segala pergerakkan ku. Mungkin Tuhan juga ingin beri tahu bahawa ini perasaan orang yang aku sukai dulu namun menyukai orang lain pula.

==============================================================

Lanjut usia ku, pada akhir usia 18 tahun untuk genap 19 tahun aku diketemukan seorang yang aku rasa matanya berbicara tentang cinta sedang bibirnya hanya tersenyum dengan ku. Mungkin disebabkan aku berbintang Sagitarius, lahir pada tarikh 28 pada bulan November maka aku seorang yang kuat ‘instinct’ seperti seorang peramal yang tidak pernah silap. Mungkin satu kebetulan atau hanya ‘perasaan’ ku sahaja. Tapi hati dan naluriku tidak pernah menipu. Itu yang buat aku berani mengorak langkah, melafas kata, membisik jiwa, merayu bicara, mengikat janji lambang setia. Tapi bila?

Pada masa itulah aku merasa cinta. Setiap kali aku hendak tidur aku akan tatap matanya yang redup, walau ribut petir hatiku yang gentar akan menjadi tenang. Jika sebelum ini aku berdoa untuk keselamatan tidurku dan kesejahteraan ibu bapa ku, kini aku doakan lenanya dan mimpinya dengan harapan ingin bersamanya disamping aku tidak pernah lupa kedua ibu bapaku. Bila Tuhan panjangkan usia ku untuk bangun keesokannya, aku akan menatap wajahnya yang aku kira masih lena dibuai mimpi. Setiap kali aku lihat wajahnya seolah aku lupa yang aku banyak kerja sekolah, tambahan aku ketika itu berhadapan dengan STPM yang menentukan sama ada aku dapat masuk universiti atau tidak. Ketika itu kami satu asrama, sepertinya ini semua bagai dirancang.

Pada suatu ketika aku zahirkan perasaan itu, aku sedang bertugas membersihkan kantin. Aku sapu lantai dengan gembira dan melonjak macam aku dirasuk penyanyi rock ‘amy search’. Tanpa aku sedari dia sedang memerhatikan aku dari belakang dan tersenyum suka. Bila aku dapat tahu, dia bergegas bersembunyi. Ark…..malunya! Bila aku renung wajahnya dia akan buat tak tahu saja tapi, bila dia yang renung aku, aku akan buat sesuatu yang buat dia tidak suka pandang dan dengar aku. Sebagai contoh aku kan terkenal dengan mulut celupar, apa lagi ‘joyahlah’ dia akan terus beredar.

Nak di buat cerita, pada satu pagi sabtu mak cik kantin asrama kami cuti ‘urgent’ dan disebabkan aku paling sulung di asrama tu dan pandai masak! aku lah jadi ‘chef’ sesat kat kantin tu! Waktu tu aku tengah sediakan sarapan pagi, dalam keadaan mengatuk dan masih mamai lagi aku tertuang kicap terlampaulah banyak di dalam kuali, masa tu aku goreng mee. Oleh kerana dia pun bangun awal masa tu dan mahu ke sekolah ada kelas tambahan katanya dia pun dengan terpaksa menelan ‘mee arang’ aku tu! Buat aku pelik, waktu dia makan tu muka dia langsung tidak menunjukkan mee tu masin yang sudah jadi pahit pun! siap dia letak sos cili lagi! Ark….malunya! Bila aku rasa mee tu! aku macam nak pengsan. Tapi macam mana dia boleh bertahan dengan makan mee tu?

Ada lagi yang lucu, bila satu hari tu aku mesra dengan budak lain dia diam saja dan bila petang kami bermain bola tampar dia sengaja kenakan bolah tu ke arah aku. Bila budak tadi tu ‘concern’ dia jadi macam hilang ‘mood’ mahu main dengan kami lagi dan malam tu dia langsung tak bercakap dengan aku seperti selalu kerana dia akan bercakap bila ada yang penting saja. Paling ngeri bila dia hantar posmen untuk bagi tahu sesuatu yang hanya sebaris ayat mudah. ‘Jealous’ ke? dan aku seperti dapat rasakannya yang aku sudah jatuh cinta! Ark……tidak aku syok sendiri mungkin? Aku biarkan saja perasaan itu berlalu pergi sebab ianya sudah menjadi bualan orang. Nampak sangat yang ada sesuatu antara kami.

==============================================================

Lepas aku STPM aku kerja di pasar raya di bandar, memang payah sangat jadi pekerja ni! nak jadi bos lagilah susah? waktu tu aku juruwang? ada gak orang rasa pelik tapi aku suka kerja tu. Walaupun terpaksa datang lebih awal dan balik paling lambat ianya mengajar aku banyak pengalaman yang membentuk aku menjadi manusia yang sempurna sebab pengalamanlah yang menjadikan kita lebih dewasa? Hari pertama aku kerja memang kekok dan awal awal lagi sudah buat masalah. Namun, bila sudah biasa aku boleh kawal semua itu.

Nak kongsi satu cerita ni, ada ‘customer’ ni ‘no need to mention their race lah!’ orang A ni tak angkat bakul dia atas ‘counter’ orang A ni suruh saya angkat? ? ? ? lepas tu, bila aku dah habis ‘scan’ barang dia dan sebut jumlah harga dia keluarkan duit dan letak ‘perlahan lahan duit dia atas ‘counter’? ? ? ? (macam lah aku ni hamba seraya dia, jijik sangat kah kerja ni? sehinggakan tangan aku pun tak nak tersentuh, celaka punya orang A) apa yang aku buat? berikan baki duit dengan orang A tu dengan dua tangan dan ucap terima kasih paling sopan di dunia ni! dengan senyuman lebih manis dari madu.

Itu orang A, sekarang kita lihat orang B. Ini lagi lah pelik ‘no need to mention their race lah!’ waktu tu macam biasalah duit syiling memang selalu cepat habis dan orang B ni ada baki 2 sen(RM2.72) aku hanya berikan RM2.70 sahaja sebab waktu tu syiling 1 sen aku dah habis. Orang B ni pun tunggu je lah sehingga aku berikan 2 sen dia tu. Sehinggakan berlalu dua ‘customer’ lain orang B tu masih berdiri ditepi ‘counter’ aku menunggu 2 sen dia tu. Aku dah kata: ‘maaf orang B, syiling 1 sen saya habis’ terus dia tengkingnya aku: ‘awak makan kah 2 sen tu’ ? ? ? ? aku pun apa lagi naik geram lah aku bagi syiling 10 sen: ‘nak saya derma je dengan kamu 8 sen bakinya tu’ ! ! ! ! tanpa aku sangka orang B tu baling syiling tu ke mukaku aku pun apa lagi: ‘hoi, bodoh! kalau kena mata aku tadi tu, bukan 8 sen aku derma? aku saman kau 8 ratus juta, macam lah kau boleh kaya dengan 2 sen tu, bodoh betul’ sampaikan malam tu aku kena ‘lecture’ oleh ‘treasury head dept.’

Dalam pada itu aku mengenali seseorang yang juga bekerja di situ. Aku tertarik dengan dia, tapi aku masih tidak boleh lupakan ‘mee arang ku’ tapi bila aku fikirkan mengapa aku harus menanti sesuatu yang tidak pasti dan masih timbul tanda tanya kan? Aku mula mengenali dia atau aku gelar dia ‘pak cik’. Pada masa itu kami sama sama tunggu keputusan STPM, alhamdulillah result kami meletopkan kepala dan dapat juga diterima masuk ke universiti iaitu Universiti Malaysia Sabah.

Pada mulanya aku amat kecewa bila dia katakan dia tidak berhasrat nak sambung belajar, namun pada ‘last minute’ apa nak urus PTPTN dan sebagainya….aku lah orang yang langsung tidak kenal dia menjadi ‘pemandu pelancong’ pada masa itu aku seperti dihambat cinta. Biar sekuat mana hati menjerit tapi masih lagi kaku berbicara.

Aku mula merasa cinta bila dia ambil berat dan ‘defence’ aku. Ah……bahagianya! tapi betulakh semua ini? Sewaktu kami dalam bas nak ke UMS aku duduk disebelah dia dan kami jalan malam waktu tu. Dan untuk pengatahuan kamu semua inilah kali pertama aku pergi jauh dari tempat tinggal aku, aku bergantung harap dengan dia sebagai ‘guard’ aku. Lagu yang buat aku tetap sayang dia bagi lagu ‘aku tetap sayang’ dan ‘izinkan ku pergi’ macam ‘relevent’ kan? Pada malam tu dia kenalkan semua ahli keluarga dia dengan aku pada gamabar dalm phone dia. Pada malam itu juga aku merasa cinta? malam tu aku tertidur dan asyik terjatuh kepala aku, lantas dia ambil kepala aku dan sandarkan dibahunya. Wah…….bahagianya!

Sehingga di universiti aku sering bersamanya, seolah olah Tuhan yang mahukan aku dengan dia namun aku pernah merasa andai ini Cuma perasaan ‘bodoh’ ku. Aku cuba memberanikan diri luahkannya. Macam biasalah aku lebih suka menulis surat dari cakap ‘face to face’. Dia terangkan dengan jelas dia sayangkan aku seperti dia sayangkan adiknya? ? ? ? aku hanya mampu menerima dengan rasa syukur.

Dalam pada yang sama aku kenali seorang yang sebenarnya langsung menarik hatiku, namun apa yang buat dia istimewa adalah sebab dia lebih pandai dari aku? Bila aku cuba hampiri dia ‘gosip’ mengalahkan artie popular! Dan kini aku tak peduli apa orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang aku buat.

Dalam pada itu juga aku masih rindukan ‘mee arang’…..

==============================================================

Kini, ‘mee arang’ masih punyai tempat dalam hatiku walaupun aku sudah berbatu batu jauh dengan dia. Selama ini aku tidak pernah membuka mulut dengan dia. Namun disebabkan tangan ku gatal nak SMS dia. Selang 3 bulan lepas tu baru dia replay! hahahahahahaha…………:-) aku pun tak tahu kenapa. Itupun dia nak bagi tahu keputusan STPM dia yang ditahap ‘okeylah’ tapi aku bukanya pandai sangat pun! Dia sibuk tanya, boleh tak aku masuk universiti dengan result macam ni? Siang dan malam aku berdoa untuk dia diterima masuk. Aku yajim dan percaya kedua orang tuanya pun turut memanjatkan doa yang sama. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan kini dia sedang menuntut di universiti ‘tentera’ Malaysia…tak kan lah kamu tak tahu kan? Herm…..apa apa pun aku masih lagi tak berani nak bagi tahu dia perkara yang sebenar.

Baru baru ni, sebelum Ramadhan dia ada SMS bertanyakan khabar. Itupun sebab aku SMS dia 2 minggu sebelum itu. Ark…….adakah patut? tapi aku ada tanya dia balik tak raya ni bab aku nak hadiah ‘birthday’. Aku nak sweater yang ada lambang universiti dia belajar tue, tapi dia kata mahal! so, dia nak belikan T’shirt je? Aku dah lah terkenal dengan perangai kepala batu, aku nak juga sweater tu dan kalau terpaksa aku akan kongsi 50% harganya dengan dia. Hah…..tak kan lah? Tapi aku tetap sayangkan dia.

Semua ini perasaan aku, aku tak pernah tipu diri sendiri. Kisah cinta ini akan tetap menjadi cerita dan bukan rialiti hakiki…..yang pasti aku masih punyai hati…….

yang benar

Mengapa mesti dia….

Pertamanya aku memang suka menulis sesuatu yang berbisik dalam hatiku, berbandinga aku luahkan pada bibir dan akhirnya hanya rayuan gombal dari bicara yang terselit kepalsuan. Namun aku tidak dapat menjamin apa yang aku tulis ini adalah kebenaran tapi aku cuba minimumkan kepalsuan. Aku temui cinta dalam kesesatan dalam cahaya, aku temui derita dalam ketidakpastian kegelapan. Aku perluakan cahaya untuk berjalan didalam gelap, dan aku perlukan cinta sebagai petunjuk hala dalam keterangan cahaya. Lantas hati ku mendamba cinta, namun sejauh mana setia dan sejatinya cinta yang aku cari dan bagaimana pula yang aku perolehi.

Tiada kayu ukur yang begitu tepat dan sempurna untuk aku nilai kekuatan cinta. Kuasa yang sakti yang dapat merawat duka menjadi suka, membawa yang jauh sehingga rapat kulit bersentuh kulit, menenangkan degupan jantung yang kencang, mengukir senyuman pada bibir sedang air mata bercucuran. Semua ini melambangkan bertapa indahnya cinta. Kerana cinta Adam dan Hawa dibuang ke dunia, kerana sejati cinta mereka terpisah, kerana setia cinta mereka bertemu di Arafah. Saktinya cinta tuhan kepada Mariam kerana adanya Isa. Ajaibnya cinta Zulaikah kepada Sulaiman pada terik mentari di gurun Sahara. Terbuktinya cinta Ibrahim kepada tuhan untuk mengorbankan Ismail.

Semua ini adalah gambaran dan lukisan kehidupan yang menunjukkan keagungan cinta. Sedang aku mendamba cinta, aku rakus mengemis kasih namun duka yang aku perolehi. Kerana cinta yang ku ingini adalah cinta yang tidak hakiki, cinta melanggar ketetapan tabii, cinta merasuk nafsu duniawi, cinta rapuh untuk tegak berdiri, cinta munafik hanya untuk dicaci dan dimaki, cinta antara lelaki dangan lelaki. Sukar membingkis kata, mengulam bicara, melunjur lidah, membunyi irama, melontar suara, mengusun bahasa. Hanya untuk aku teriakan bertapa aku cinta padanya.

Terlanjur kata meluah rasa, aku tidak gentar pada setiap balasan kata yang dibingkis dari bibirnya. Sungguhpun dia meludah menunjukkan rasa benci yang membara. Aku terima jika dia masih berdiri pada sandaran Agama yang menghalangnya melangkahi norma yang dilakar alam dari tuhan. Namun aku hanya ingin dia tahu bertapa aku tidak pernah menipu. Aku hanya ingin dia mengerti bahawa apa yang aku rasa ini adalah pasti. Jika dia menolak aku kesamping, aku tetap berdiri pada cinta yang aku damba ini. Meskipun untuk terus melihatnya, berbicara dengannya, tersenyum dengannya aku terpaksa berbohong untuk belajar melupakan cinta ku padanya.

Pernahku terasa ingin membawa cinta yang terlarang ke titik mula, kembali mencuba untuk kali kedua, menggilapkan gerhana jiwa. Pernahku terasa ingin merayu pada kasih dulu pulang padaku, lupakan dosaku putihkan kelabu, tenangkan amarahmu. Namun, bisakah yang benci disayangi, bisakah yang dusta dimaafi, bisakah hatiku difahami…Biarlah aku terus jadi begini menanti cinta yang tidak pasti, mengharap mimpi akan hakiki. Meskipun penantian satu siksa, aku akan terus tabah berdikari, walaupun rapuh untuk berdiri.

Dia tidak akan pernah aku lupa, meskipun ada cinta lain yang ingin membisik kata. Cintanya hanya cahaya bukan petunjuk hala. Kerana aku masih mendamba cinta pada orang yang sama, sejak dari mula aku kenal makna meluah rasa, meskipun tiada ruang dalam hatinya buat aku sehingga selamanya…