aksara

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi....."

Saturday, June 13, 2009

bila aku berpijak pada bumi yang nyata.....


Kata begitu indah untuk dipersembahkan dengan tulisan mahupun dengan ucapan. Namun ada yang bakal menilai kita secara total dengan apa yang kita perkatakan dan ada yang akan menjatuhkan mandatori bahawa sesungguhnya kita adalah seperti apa yang kita tulis. Betullah, apa yng kita tulis itu akan menunjukkan siapa kita, dari segi gaya persembahan tulisan itu akan menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Tetapi, perlu diingat ada yang mampu bertukar menjadi "orang lain" atau pun jadi hipokrit hanya untuk menjadi sempurna pada mata orang lain. Namun malangnya ada juga yang tahu dan dapat hidu siapa orang yang menulis itu walau tanpa pernah melihat dan mampu menilai sikap dan tatasusila seseorang itu.

Aku memang suka bercakap, sejak usia aku 4 tahun lagi aku sudah tahu mengeja nama aku dengan betul dan akibatnya aku mengikuti pra-sekolah seawal usia 5 tahun. Aku memang petah berkata-kata meskipun tidak semua yang aku katakan itu "ada isi". Hak aku bersuara sangat tinggi aku junjung tanpa pernah membelakangkan segala norma yang perlu dijaga dan tidak harus dilanggar. Aku akui kadang-kadang aku pernah lukakan hati orang lain hanya dengan sebaris perkataan sahaja dan jangan pernah terkejut kalau aku pernah malukan orang lain dengan hanya menggunakan satu perkataan sahaja.

Pekung di dada kadang-kadang perlu dibuka, bukan untuk mengaibkan tapi untuk menilai dan muhasabah diri sendiri agar kita senantiasa sedar dan cuba memperbetulkan diri kita bukan sahaja atas kepentingan orang lain tapi pada hakikatnya untuk diri kita yang jauh lebih penting. Pada dasarnya, aku ne memang "mulut leser" tapi aku hanya katakannya pada luarannya dan ada yang memahami diri ini dan mengerti bahawa aku hanya cakap sahaja tapi tidak maksudkannya dalam hati. Tapi aku tidak tahu apa yang dirasakan oleh orang lain sedang dia ketawa halhal dalam hati dan benaknya penuh dengan kebencian dan amarah yang mendalam.
Silapnya aku lupa bahawa aku juga punyai kekurangan yang sangat tidak mampu aku penuhi atau puaskan hati semua orang. Namun aku juga sentiasa belajar untuk menerima apa sahaja yang datang kepada aku meskipun kadang-kadang pahit untuk ditelan namun aku cuba fikirkannya mungkin ianya akan mungkin mengajar aku satu pelajaran yang sangat bererti.

Dan buat sesiapa diluar sana yang pernah terluka dengan apa yang aku katakan secara serius ataupun dalam berjenaka atau pohon ampun dan maaf, aku sedar bahawa aku punyai kesilapan masing-masiing dan mungkin khilaf aku iaitu "mulut aku" ini merosakkan hubungan antara aku dan kamu semua yang ada diluar sana.......tapi jangan risau aku tetap sayangkan kamu semua.....I LOVE YOu......

1 Comments:

At June 14, 2009 at 5:12 AM , Blogger Nawi_hasan said...

salam buat sahabat ku.memang kita tidak boleh puaskn hati semua orang.kita hanya mampu buat yg terbaik sj dri diri kita.Tapi kita kena la pandai menjaga setiap kata yg diucapkn.kan pepatah arab ada mengatakan "kata-kata adalah lebih tajam daripada sebilah pedang" so gunakanlah kata-kata ko untuk jaln yg lebih baik dan dan biarkan org nilai,adakah kita bertindak btul atau salah.sebab kata org klu nk tau perangai sendiri tnya la dgn org disekeliling kita...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home