aksara

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi....."

Friday, July 31, 2009

dan sebenarnya

Asalam buat semua, lama tak menulis sesuatu kat sini, teringat waktu pertama kali aku post cita kat sini, hari plak aku nak kongsi rasa sakitnya joint debat. Aku mulakan langkah aku sebagai pendebat kolej kediaman, mulanya aku berdiri komen yang aku dapat ialah “kami berdebat mcm sekolah menengah dan tak layak pun nak joint debat universiti” kalu ku istilahkan putus asa dah lama aku unudrkan diri sejak perkataan itu meusuk masuk kegegendang telinga aku lagi tanpa pernah aku kesal kalau aku tidak lagi pernah ingin menjadi pendebat.

kaki ku hayun tanpa pernah mengalah, tak gah aku kat kolej ko cuba nasib ku dalam perjuangan debat universiti, aku ingat lagi kali pertama aku joint debat universiti, semasa itu senior debat yang hebat seperki abg fahmy, abg khai, abg fairus, dan kak nadira semua berkumpul dan aku sangat bertuah kali pertama aku joint da dpt tengok mereka beraksi dan aku tahu suatu hari nanti aku juga mampu buat perkara yang sama mcm mereka, sebab aku tahu mereka bukan dilahirkan dengan kelebihan itu, tapi berlatih dan dilatih.

sambil aku  melangkah tidak selalunya ku terus melangkah, terkadang aku terjatuh dan walaupun sakit untuk aku bangun semula airmata ini sahaja yang menjadi teman dan razaq senior aku walaupun muda setahun aku rasa semua yang kupendam dalam dunia debat ini ada dalam arkib simpananya yang aku percaya terjaga dengan rapinya. semakin jauh ku melangkah semakin banyak yang aku rasa, semakin aku kenal orang disekeliling aku yang mana boleh dibuat kawan dan mana sebenarnya rawan.

aku mula kenali orang yang banyak buat aku rasa bahagia walaupun kadang-kadang aku sudah kenyang makan hati sendiri. namun aku cukup berterima kasih sebab bukan sahaja ilmu yang ku dapat tapi pengalaman. aku teringat kata-kata seorang teman aku, “bayu, kau memang pandai berbahasa, namun buatnya tidak” sebab yang aku buat begitu simple je, aku akn fikir 1001 kali sehingga aku rasa itulah jalan terbaik, dan walaupun ianya terkadang sudah terlambat, aku tidak kesal sebab nanti aku boleh aplikasikan kemudia.

berdiri aku sebagai Perdana Menteri semasa pertandingan sembang kopi anjuran MPP sem lepas dengan gabungan 3 diva aku, aszlan dan danny. tiga sekawan inilah yg selalu bergaduh bertolak bahu, namun bahu yang ditolak itu juga tempat bersandar tika dalam kedukaan. sejujurnya mulutku mudah katakan benci tapi hatiku kerlaltu lembut. perkataan yang kulafas menampakkan aku seorang yang kepala bayu tapi sebenarnya aku seorang yang terlalu lemah dan lembut. Sedang filem atau cerita ganas sekalipun aku akan rasa bergeletar dan berpeluh ketakutan apatah lagi jika ianya berlaku depan mata ku.

sewaktu debat sembang kopi tu, match pertama da lawan dengan super senior gabungan hebat kak laila dan abg fairus dan dipimpin oleh abg jas, namun aku tak kisah rebah pada mereka tapi aku bersyukur dapat ilmu yang tidak ada dijual kat kedai pun. itulah peluang terakhir aku berdiri sebagai pendabat. namun aku tidak pernah rasa duka walaupun selepas itu aku menjadi wakil univerisiti ke debat perdana integriti di UTM hanyalah pendabat simpanan.

ilmu yang ku dapat tetap ku titpkan sebagai khazanah yang jauh lebih berharga. selesai debat integriti aku di bawa abg jas untuk joint debat anti dadah peringkat ipta/s sabah Masterskills College juga dengan gabungan hebat abg fairus, abg jas dan razzaq juga aku sebagai simpanan sekali lagi? hahahaha aku rasa kau adaah debater yang teruk sangat selama 2 tahun aku melibatkan diri dalam debat ne. aku berterima kasih sangat dengan abg jas yang banyak berkan aku tunjuk ajar dan abg fairus dan razzaq yang banyak berikan aku semangat.

tidak berakhir di situ, baru-baru ini aku terbang ke Teronoh, Perak untuk menjadi wakil pendebat simpanan! bagi debat alam sekitar…………tibul 1001 persoalan adakah aku tidak layak untuk berdebat dan adakah aku ne teruk sangat, atau adakah mereka yang berdebat itu jauh lebih baik daripada aku? aku kesal………aku kesal jika jawapannya aku tidak cukup baik……..tapi aku tidak pernah kesal untuk menjadi “pendebat simpanan” kerana ilmu yang aku dapat jauh lebih bererti dari itu…………bukan mudah untuk ku pujuk hati ku, bukan mudah untuk ku ubat luka ku, namun untuk terus aku melangkah aku perlu tabah…..insya-Allah, tuhan akan pandang juga usaha aku………………….walaupaun hanya air mata sebagai teman duka ku.