aksara

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi....."

Friday, March 26, 2010

Gusar...

Aku tak sedap hati. Ini kali pertama aku rasakan aku bukan lagi milik diriku, tapi milik orang lain. tidak pernah aku serahkan segalanya dengan mudah kerana aku terlalu sayangkan diriku. tapi rasa sanyang itu membantasi rasa sayangku peda dia. Benar dan sumpah aku terlalu inginka 'semua' ini hadir dalam hidupku. Tapi aku takut kecewa dan aku gusar akan kehilangan. Aku terlalu inginkan dia ada dalam setiap malam dan tidur aku yang tidak pernah jauh daripada aku.

Aku sukar untuk mencari yang lain mungkin sebab bila aku rasakan dia adalah orangnya maka aku akan cuba sekeras mana pun untuk setia. Tapi aku takut. Aku takut kalau dia yang tidak mahu belajar menjadi yang lebih setia. Puas selama ini aku mencari kini baru aku temui. Puas selama ini aku berangan-angan andai hidupku akan dihiasi sebuah kash sayang yang aku dambakan daripada seorang yang rasaa cukup sempurna dalam hidupku.

Bila aku tahu andai semua ini akan berakhir, aku takut aku akn mencabut nyawaku sendiri. Aku terlalu takut kehilangan dan itu akn buat aku terlalu takut berjauhan dengan dia. Tapi dia bukannya boneka yang perlu aku jaga setiap hari dan dia bukannya robot yang perlu sentiasa ada dikala aku memerlukan dirinya. Kerana memang aku dan dia adalah kekasih namun baik kiranya aku rahsiakan kerana aku tidak mahu publisiti. Cintaku padanya terlalu menyejutkan bila aku tunjukkan petanda andai aku sukakkan dia dan dia berikan respon yang sangat positif dan sudi menerima aku dalam hidupnya.

Ini adalah langkah aku yang pertama dengannya. adakah langkah ini akan terhenti kerana dia yang mahukannya terputus atau aku yan aku bertindah 'unfaithful'. Ke mana harusku tuju andai aku kehilangan dia? Lainlah kalau aku dapat yang lebih baik dari dia. namun padaku, dia cukup sempurna, terlalu sempurna dan aku sumpah tidak akan mencari yang lain dan aku harap begitu juga dia.

Aku telah temui cinta.......

Wednesday, March 24, 2010

Jangan Bilang Tidak

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak

Thursday, March 18, 2010

CUPCAKE yang aku ingin dari DIA


Satu keperluan atau kehendak. Aku sudah terlalu penat melalui semua ini. Dunia ini bagaikan terlalu kecil untuk aku. Puas aku luaskan fikiran dan perasaanku. Namun bila aku fikir semula, aku sebenarnya dalam dunia yang sememangnya luas tapi sikapku yang suka mengempitkannya. Aku terlalu suci untuk memilih cinta dan mencarinya. Kerana aku bukan mahukan Arjuna yang memanah tepat pada hatiku. Aku tidak inginkan Romeo yang melutut dan menghulurkan sejambak cinta. Aku tidak inginkan kesempurnaan. Tapi naluri seorang insan tidak dapat berbohong mungkin pada lafas bicara, tapi luahan hati tidak.

Kadang aku terlalu putus asa mendamba sesuatu yang tegar untuk menjadi pasti. Benarlah mimpi sukar menjadi hakiki. Tapi aku tidak pernah berputus asa andai satu malam nanti aku bisa menjadi orang yang paling bahagia. Aku hanya inginkan sesuatu yang mampu melengkapkan aku, melindungi aku, menyentuh dan mengenggam tanganku, mengucup dahiku dan memberikan segalanya untukku. Mungkin kesumparnaan inilah yang membuat aku terlalu memilih. Pada aku ianya bukan satu kesempurnaan sebaliknya asas pada sebuah hubungan.

Hubungan yang aku dambakan bukan sukar untuk aku perolahi malah terlalu mudah dan aku boleh dapatkan semudah dengan memberikan apa yang diinginkan sebagai galang gantinya. Tidak. Aku bukan berniaga. Aku tidaklah terdesak. Cuma hampir putus asa untuk menanti apa yang masih samar dan tegar menjadi sesuatu yang pasti. Semua orang dambakan cinta, semua orang mahu bercinta, semua orang ingin dicintai. Tapi sedalam dan sejauh mana kuatnya cinta itu.

Cinta

Aku tidak kenal frasa ini secara praktikalnya. Literal dan konseptualnya sudah cukup aku arif dengan rentak dan coraknya. Kadang-kadang kita ni cakap je pandai buatnya? Sebab selagi kita tak rasa sendiri selagi itu juga sukar untuk bagaimana kita mahu menterjemahkannya secara tepat dan jelas terutamanya frasa subjektif seperti cinta. Ianya pasti boleh menjadi makna kepada beberapa frasa lain. Setiap orang, lain pandangannya. Namun bagi aku cinta itu terlalu sempurna.

Memang aku menuntut kesempurnaan. Keperluan dan kemahuan dapat dibezakan dengan satu perkataan iaitu keadaan. Ia, keadaan akan menentukan sama ada sesuatu itu keperluan yang mahu tidak mahu mesti dan harus dipenuhi. Sedang kemahuan itu hanya tahap keinginan yang ingin dicapai, kalaupun gagal tidak menjadi masalah kerana kemahuan hanya bersifat temporari sahaja. Walaupun capaian hanya pada tahap yang tidak menepati sasaran itu, ianya sudah mencukupi andai kata ianya sudah melengkapi satu keperluan.
Sebagai contoh mudah, keperluan kita sebagai manusia adalah makan. Asas kepada makanan itu sendiri adalah makan ruji seperti beras, gandum, jagung, kentang dan sebagainya. Itu dalam kita memerlukan. Andai kata kita menginginkan yang lebih melampaui batasan asas maka itulah kemahuan.

Kemahuanku adalah satu keparluan

Aku hanya inginkan kesempurnaan dalam cinta yang mencakupi modul fizikal, modul penzahiran perasaan, modul pengiktirafan hubungan, modul pengisian kehidupan dan akhirnya modul meterial. Lima modul ini melengkapi sebuah cinta dalam hidupku. Namun di mana akan ku temui? Timbul persoalan asas. Bagaimana modul ini bergerak dan diaplikasikan? Secara fizikalnya, semua manusia mahukan yang sempurna begitu juga aku. Namun aku cukup sedar kekurangan pasti akan wujud. Tapi kenapa perlu ambil yang biasa kalau ada yang luar biasa.

Secara psikologinya, penzahiran perasaan itu satu titik nilai yang sangat penting yang akan menentukan di mana titik akhir garisan yang dibina oleh setiap hubungan. Maka ianya memerlukan pengiktirafan. Aku tidak mahu bergantung pada tali yang tidak terikat pada konkrit yang nyata. Tiada siapa yang mahu punyai hubungan yang disembungi dalam kocek sendiri. Lantas ianya akan menetukan bagaimana bentuk pengisian dalam kehidupan itu. Sama ada bebas bergerak dan bebas melangkah atau berpura-pura dihadapan yang lain sedang ada cinta antaranya. Metarial bukan segalanya. Tetapi tuntutan dunia hari ini cukup menjelaskan makna istilah ini sebaiknya.

Bila akan aku temui

Asas ini pun sukar dipenuhi bagaimana aku dapat menerima, dan disebabkan ini mungkin aku akan tidak akan temui cinta. Bila aku temui seseorang dan aku yakin dialah orangnya maka kebergantungan kepada nasib dan takdir masih lagi sebagai faktor luaran yang menjadi titik tolak penentu keberjayaan dan keberhasilannya. Mungkin belum masanya aku temui apa yang aku cari atau mungkin dia ada di depan mataku, sama ada dia yang tidak mahu mengakuinya atau aku yang tidak cukup memberikan tanda. Aku masih menunggu dan aku akan setia menunggu.

Wednesday, March 17, 2010

Aku teramat rindukan HUJAN


Hujan. Entah bila kali terakhir aku melihat hujan. Sehinggakan aku tertanya-tanya andai hujan itu bagaimana rupanya. Aku terlalu rindukan dingin dan basahnya hujan. Angin yang bertiup deras, awan gelap, sambaran petir dan kilat terlalu mendamaikan hati. Bukannya aku tak suka keadaan cerah dan tenang. Tapi kadang-kadang benda-benda yang tidak kita sukalah yang kita teringat-ingat. Masa kecil dulu, aku dan kakak selalu main hujan. Dari kawansan perumahan sampailah sesat ke kampung orang. Pernah sekali waktu usia aku 10 tahun. Aku main hujan bersama kakak aku di hujung kampung. Kami tumpang berteduh bawa kolong rumah orang kat Kg. Pasir Putih. Masa tu hujan terlampau lebat. Sampaikan banyak ranting kayu patah.

Bertuah

Masa duduk kat bawah rumah orang tu, tiba-tiba ada 3 hingga 4 buah mangga masak jatuh. Apa lagi, aku dan kakak bersama beberapa kawan yang lain meluru ke tempat mangga tu jatuh. Sehinggakan aku tergelincir di lopak lumpur. Penuh muka aku dengan tanah merah. Bila sampai rumah, arwah mak sangat marah. Sehinggakan abang sulung aku kejar bawa kayu pemukul. Bila dapat lepas, aku masuk rumah dari pintu belakang.

Dalam keadaan basah dan berlumpur aku senyap-senyap masuk ke dalam rumah dan sembunyi bawah katil dalam bilik kakak. Aku menyorok dari petang sebelum Maghrib sampai pukul 10 malam. Masa tu arwah mak da risau tahap gaban, kakak dan abang tengah cari keliling kampung. Bila bapa balik dari rumah arwah atuk. Bapa meletus macam gunung berapai. (terketawa sendiri).

Bila kakak balik dalam keadaan penat dan bapa pun tengah marah dengan seisi rumah. Kakak temui jejak kaki berlumpur aku dalam bilik. Aku tertidur dan satu badan aku panas yang seingat aku melebihi suhu normal. Aku demam masa tu. Meracau. Berpeluh. Aku dibawah ke hospital dan masa tu arwah mak memang risau. Siapalah yang tak risau anak bongsunya tengah sakit.(rindukan arwah mak).

Tak sudah-sudah

Bila aku bersekolah menengah dan tinggal di asrama, aku tak serik dengan perangai suka mandi hujan. Hujan terlalu mengembirakan aku. Hujan membuat aku seperti dunia ini adalah milik aku. Tapi tanpa hujan aku masih lagi boleh tersenyum. Kalau orang lain kata sinaran matahari menceriakan, aku akuinya. Tapi hujan lebih atau amat menceriakan aku.

Masa tinggal di asrama, warden tak ada. Masa tu sibuk nak study untuk percubaan SPM. Aku dan beberapa kawan ‘adik2’ atau lebih dikenali sebagai ‘sotong a.k sutun’ bermain hujan yang sangat lebat pada masa tu. Boleh main bola tampar lagi. Aku begitu teruja masa tu. Esoknya aku demam lagi. Lagi? (memang tak serik).

Tapi sekarang, di kampus ni. Aku tak pernah da mandi hujan. Kadang kalau hujan aku hanya sambut hujan guna telapak tangan aku je di tingkap bilik. Kadang tu aku akan sambut hujan tu dan basahkan muka dan leher aku. Sejuk. Damai. Begitulah indahnya hujan. Seingat aku dari akhir Januari lagi hujan tiada. Bilalah hujan akan turun? Rindu sangat. Sudah juga buat solat hajat agar hujan turun. Tapi?(paham jakla kan).

Aku ingin kembali.....

Debat Integriti sudah berlalu

Pasukan UMS tidak mencapai sasaran aku inginkan namun rasa syukur itu tetap ada kerana ilmu dan pengalamanlah sebenarnya nilai yang sukar diperolehi. kekautan dan kelemahan yang dilakukan mesti dan harus ada penambah baikkan. sekalung tahniah buat Aszlan, Mesqrik dan Jufazlie kerana telah sedaya upaya berusaha bersungguh-sungguh. insya-Allah, lain perlawanan mungkin akan memihak juga kepada kita.

apa silapnya

bukan mencari silapa sesiapa, tapi aku masih tidak faham apa sebenarnya yang menjadi masalah. kalau tiada latihan, setiap minggu pula latihan. entahlah, tapi bila aku nampak lompang paling besar dalam permasalan ini. baru aku sedar yang kita tidak berdiri pada platform yang sama. apa yang aku harapkan kita bukanlah dalam keadaan "retak menanti belah". kemarau bukan sahaja negeri Sabah saja yang rasakan. bahkan dunia "Debat" ini juga.

lupakan dan mulakan yang baru

mungkin ini baru permulaan, dan kita semua perlu banyak lagi belajar dari mengubah kelebihan dan memperbetulkan kesilapan. insya-Allah 19 Mac ini Debat Piala Pengetua Kolej Kediaman Excellent akan diadakan, ini adalah satu peluang untuk memperbaiki mutu persembahan dan aspek pemahaman semua pendebat. aku harap semua akan terlibat dan jangan lupa kemunculan aku, Aszlan dan Mesqrik nanti.

tekad aku hanya satu saja. mungkin permulaan aku di Universiti Malaya semasa Debat Piala DiRaja permulaan bayi yang belajar berdiri. dan Debat Astar, UM kesungguhan aku untuk berjalan dan ingin berlari. Swing dalam Debat Integriti satu kekuatan untu tegar berdiri walaupun sukar dan terlalu payah menerima hakikat pasti. semuanya akan berubah andai ada usaha dan matlamat yang jelas. insya-Allah.

kepada Abang Jass, Malik, Richard dan Kak Masturah yang telah bersama-sama aku dalam team SWING baru-baru ini terima kasih atas semuanya. banyak berbezaan yang aku nampak dalam diri aku, dan orang lain juga turut memperakuinya. yang penting aku telah jumpa team yang selama ini aku ingin lawan team Myer MMU. aku bukan kuat sangat nak lawan (man to men) dengan Myer sebab aku bukan taraannya tapi aku cuba juga. bila lagi kan? yang penting pengalaman dan ilmu yang aku terima.

aku tak sabar melihat matahari pagi Jumaat ini nanti......

Tuesday, March 2, 2010

sebenarnya AKU yang terluka............

Kesepian akan membunuhku…..

Setahun aku melarat mengharap andai ada belas dari Tuhan melihat siksanya penderitaan yang dia alami. Sakit mata ku memandang, perit hatiku terkenang, sunyi sepi hidupku bila dia sudahpun menghilang. Tidak pernah aku pinta andai semua ini aku jadikan sebuah coretan, tidak pernah aku ingin meluahkan apa yang aku rasa dengan perkataan. Ironinya setiap yang aku lafaskan aku kalamkan dalam ungkapan yang akan dibaca oleh setip yang ingin tahu isi suratannya.

Siapa yang tidak dapat menahan air mata melihat orang yang terlalu disayang dan satu-satunya tempat bermanja. Bukan tiada yang lain, tapi semuanya tidak sama mahupun serupa. Sejak aku melihat alam buana ini dia tatang aku seperti minyak yang penuh, takutnya tertumpah sayangnya terlalu tinggi capaian nilainya. Setiap malam dari usiaku sehari hingga aku berusia 21 tahun aku tidak pernah miliki bilik sendiri dalam erti frasa bilik. Aku tidur disisinya setiap malam, aku tatap muka jika aku terjaga melihat kerut dahinya, menyentuh lembut tangannya.

Insan yang terlalu tinggi termpatnya sehinggakan Tuhan meletakkan syurga ditelapat kakinya. Aku terlalu manja dan terlalu dimanjakan. Jangankan jauh 20 kilometer, jiran sebelah tidak sampai 25 langkahpun risaunya seperti lautan Pasifik dalamnya. Aku cukup sempurna fizikal dan akal, namun hatiku hanya dia yang mengerti lembut di dalam dan keras pengzahirannya. Aku tidak pernah marah dalam keadaan teriak, sebaliknya aku hanya diam dan tidak akan berkata-kata. Bila aku bersedih aku tidak akan tegar menitiskan air mata.

Bukan hatiku gelap, bukan hatiku batu atau kaku. Tapi jiwaku kental sedang luaran ku terlalu lembut. Mungkin bila namaku Mohd Saffuan, aku tidak setabah dan sesabar ini. Lantas dan begitu pantas namaku Mohd Sabrun. Nilai sabar dalam diriku juga ada batasnya, namun terlalu tinggi dan ampuh sifatnya. Bukan ku ukur dengan sukar marah atau menitiskan air mata. Tapi sejauh mana aku bisa berdiri andai kakiku luka parah berdarah tanpa henti, sejauh mana aku masih mampu melihat walau mataku tertutup sedang pintu hatiku terbuka.

Kesediahan itu masih ada, kehilangan itu masih aku rasa. Aku bagaikan kehilangan sebuah cinta yang terlalu besar maknanya. Pernah aku berbicara andai kalam ini sudah menjadi suratan hakikat nyata, aku bersedia untuk pasrah. Pernahkan kau terfikir andai kau berdoa untuk kehilangan hanya demi kedamaian dan ketenangan dari siksa penderitaan. Sewaktu dia dalam keadaan yang tidak lagi mampu disembuhkan aku terdengar tangis kesakitannya kala malam melenakan mata setiap insan dimuka bumi ini. “ya Allah jika Engkau mahukan aku hidup, Engkau sembuhkanlah penyakit, sebaliknya jika Engkau ingin mengambil nyawaku laksanakanlah ia sesegera yang mungkin”

Hati mana yang tidak hancur mendengar doa orang yang terlalu dia sayang ingin pergi meninggalkannya. Karas batu mana? Keras besi mana? Hatiku hanya segumpal daging dari jasad yang terlalu mengharap agar Tuhan mahu mendengar. Lantas aku perkenankan doa itu dan aku titip air mata dengan dingin malam itu juga aku tadah tangan dengan hati terpaksa. “ya Allah jika benarlah apa yang telah Engkau kalamkan aku ikhlaskan jika Engkau inginkan dia kembali. Pahitku ku telan lagi pahit melihat dia tersiksa pohon dan pintaku tempatkanlah dia di syurga meskipun aku dihumban ke neraka jahanam, gadaikan semua pahala yang aku ada hanya untuk tempatnya yang sempurna di akhirat kelak”

Setiap perasaan aku zahirkan disetiap masa selepas dia pergi tidak melambangkan aku telah kehilangan apa-apa kerana aku tidak bisa melakukannya. Aku tidak pandai menitiskan air mata dihadapan orang lain. Tapi bila aku bersendirian seperti dunia ini kosong, terlalu kosong. Aku seperti ingin menidakkan qada’ qadar yang telah terlaksana dan disebabkan itu aku tidak boleh bersendiri. Kesepian itu akan datang dan kesunyian itu akan datang membunuhku.

Girangku dihadapan yang lain membuktikan aku bukan dalam kesepian. Senyuman dan gelak tawaku seperti tidak pernah menipu keadaan sebenarnya. Keluh lidah diam seribu bahasa namun tidak pernah aku ceritakannya dengan sesiapa aku sembunyikannya dari seganap hati yang aku tahu akan membuat hati bertambah luka. Bukan niatku tidak mahu memberi tahu dengan orang lain tapi ada baiknya juga aku rahsiakannya. Tapi sekarang aku perlukan seseorang untuk ukir senyuman dari hati yang telah mati agar senyuman itu mampu menghidupkan semula diriku yang kehilangan.

Semoga Allah letakkan Ibuku, Dayang Esnia Datu Tagim bersama-sama orang yang solleh...

Al-Fatihah.........