aksara

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi....."

Wednesday, June 3, 2009

Bukan mudah puaskan hati semua orang....

Sebenarnya aku ingin bercerita tentang cinta, tapi aku sebenarnya tidak layak pun nak bercerita tentang cinta sebab aku tidak pernah merasa cinta. Namun hati ku pernah terkena tempias cinta. Mulalah aku merepek macam mau bersajak. Seawal usia 10 tahun aku sudah ada perasaan ingin memiliki dan dimiliki, menyayangi dan disayangi dan perasaan itu terus mengejar dan tidak mahu lepaskan ku pergi dan ianya semakin erat mengikat aku. Persoalannya dengan siapa? tiada siapa pun, aku hanya seorang yang bertepuk sebelah tangan.

Bila aku merasa sesuatu yang boleh buat aku tersenyum sendiri, termenung jauh, kelu seribu bahasa, berjaga semalaman, tapi aku tidak pernah tak lalu makan sebab aku memang kuat makan! ada satu ketika aku seolah olah punyai kuasa untuk mengesan kehadiran orang yang aku suka itu, sepertinya hati ku akan berdegup kencang, seluruh badanku menjadi sejuk, hatiku yang tenang menjadi gelisah dan sepertinya aku seekor ibu kucing yang kehilangan anak. Namun, apabila orang itu muncul di depan mataku, semua itu hilang berganti dengan tersengih sengih sendiri dan seolah aku berada dalam dunia kau sendiri. Adakah ini yang dinamakan cinta?

Bohong jika aku katakan aku tidak pernah luahkannya. Pernah sekali semasa aku berusia 15 tahun aku luahkan isi hati yang lama membeku dengan menulis surat cinta berwarna jingga yang terlampau ‘flowering’ sampaikan cikgu bahasa Melayu pun dapat tangkap dan bagi tabik ‘spring’ dengan hasil sastera aku tu. Herm…..apa kan daya orang yang aku suka itu, suka dengan orang lain. Walaupun aku cuba untuk terima dengan rela dan anggap ianya untuk kebahagiaan orang yang aku suka. Setiap hari aku lihat orang yang aku suka bergelak tawa, berjalan seiring, berpegang tangan…apa semua ini?

Walupun semua ini berlaku, aku masih tetap merasakan sesuatu, bayangkan pada suatu hari aku sakit dan tidak ke sekolah hampir dua hari dan aku semakin lemah tanpa melihat wajahnya! mak aku berikan ubat pahit, akar kayu dan kunyit. Wark…….muntah! aku telan juga dengan niat ‘demi dia-surat jingga’. Ini lagi lucu, bayangkan waktu tu aku menari untuk satu majlis di sekolah dan pinjam kain songket dia, aku bawa tidur tu kain songkit sebagi selimut. Eh……..tak malu!

Tapi aku bukan orang yang mudah untuk berputus asa dan terus mahu membunuh diri untuk semua itu. ‘I can get more better than that!’ kononnya dengan berkata itu aku boleh lupakan dia ‘surat jingga’. Dunia ini terus berputar dan tidak akan berhenti sehinggalah masanya tiba. Semua itu mengajar aku erti dewasa dan pengalaman yang terlalu berharga dan seandainya aku tidak merasa semua ini aku tidak akan mengenal banyak erti kehidupan iaitu erti cinta, erti sayang, erti kecewa, erti derita, erti ? ? ? banyaklah lagi. Sampaikan aku malas nak taip.

Sewaktu aku berusia lebih matang, aku dilanda banyak masalah untuk cinta. Bila mana aku sendiri tidak dapat terima ada orang yang sukakan aku sedangkan aku rasai sebaliknya. Sepertinya Tuhan ingin tunjukkan pada aku bahawa sesungguhnya kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Bila aku merasa itu, aku menjadi rimas, seperti ada sahaja mata mata yang bersembunyi yang sedang memerhati segala pergerakkan ku. Mungkin Tuhan juga ingin beri tahu bahawa ini perasaan orang yang aku sukai dulu namun menyukai orang lain pula.

==============================================================

Lanjut usia ku, pada akhir usia 18 tahun untuk genap 19 tahun aku diketemukan seorang yang aku rasa matanya berbicara tentang cinta sedang bibirnya hanya tersenyum dengan ku. Mungkin disebabkan aku berbintang Sagitarius, lahir pada tarikh 28 pada bulan November maka aku seorang yang kuat ‘instinct’ seperti seorang peramal yang tidak pernah silap. Mungkin satu kebetulan atau hanya ‘perasaan’ ku sahaja. Tapi hati dan naluriku tidak pernah menipu. Itu yang buat aku berani mengorak langkah, melafas kata, membisik jiwa, merayu bicara, mengikat janji lambang setia. Tapi bila?

Pada masa itulah aku merasa cinta. Setiap kali aku hendak tidur aku akan tatap matanya yang redup, walau ribut petir hatiku yang gentar akan menjadi tenang. Jika sebelum ini aku berdoa untuk keselamatan tidurku dan kesejahteraan ibu bapa ku, kini aku doakan lenanya dan mimpinya dengan harapan ingin bersamanya disamping aku tidak pernah lupa kedua ibu bapaku. Bila Tuhan panjangkan usia ku untuk bangun keesokannya, aku akan menatap wajahnya yang aku kira masih lena dibuai mimpi. Setiap kali aku lihat wajahnya seolah aku lupa yang aku banyak kerja sekolah, tambahan aku ketika itu berhadapan dengan STPM yang menentukan sama ada aku dapat masuk universiti atau tidak. Ketika itu kami satu asrama, sepertinya ini semua bagai dirancang.

Pada suatu ketika aku zahirkan perasaan itu, aku sedang bertugas membersihkan kantin. Aku sapu lantai dengan gembira dan melonjak macam aku dirasuk penyanyi rock ‘amy search’. Tanpa aku sedari dia sedang memerhatikan aku dari belakang dan tersenyum suka. Bila aku dapat tahu, dia bergegas bersembunyi. Ark…..malunya! Bila aku renung wajahnya dia akan buat tak tahu saja tapi, bila dia yang renung aku, aku akan buat sesuatu yang buat dia tidak suka pandang dan dengar aku. Sebagai contoh aku kan terkenal dengan mulut celupar, apa lagi ‘joyahlah’ dia akan terus beredar.

Nak di buat cerita, pada satu pagi sabtu mak cik kantin asrama kami cuti ‘urgent’ dan disebabkan aku paling sulung di asrama tu dan pandai masak! aku lah jadi ‘chef’ sesat kat kantin tu! Waktu tu aku tengah sediakan sarapan pagi, dalam keadaan mengatuk dan masih mamai lagi aku tertuang kicap terlampaulah banyak di dalam kuali, masa tu aku goreng mee. Oleh kerana dia pun bangun awal masa tu dan mahu ke sekolah ada kelas tambahan katanya dia pun dengan terpaksa menelan ‘mee arang’ aku tu! Buat aku pelik, waktu dia makan tu muka dia langsung tidak menunjukkan mee tu masin yang sudah jadi pahit pun! siap dia letak sos cili lagi! Ark….malunya! Bila aku rasa mee tu! aku macam nak pengsan. Tapi macam mana dia boleh bertahan dengan makan mee tu?

Ada lagi yang lucu, bila satu hari tu aku mesra dengan budak lain dia diam saja dan bila petang kami bermain bola tampar dia sengaja kenakan bolah tu ke arah aku. Bila budak tadi tu ‘concern’ dia jadi macam hilang ‘mood’ mahu main dengan kami lagi dan malam tu dia langsung tak bercakap dengan aku seperti selalu kerana dia akan bercakap bila ada yang penting saja. Paling ngeri bila dia hantar posmen untuk bagi tahu sesuatu yang hanya sebaris ayat mudah. ‘Jealous’ ke? dan aku seperti dapat rasakannya yang aku sudah jatuh cinta! Ark……tidak aku syok sendiri mungkin? Aku biarkan saja perasaan itu berlalu pergi sebab ianya sudah menjadi bualan orang. Nampak sangat yang ada sesuatu antara kami.

==============================================================

Lepas aku STPM aku kerja di pasar raya di bandar, memang payah sangat jadi pekerja ni! nak jadi bos lagilah susah? waktu tu aku juruwang? ada gak orang rasa pelik tapi aku suka kerja tu. Walaupun terpaksa datang lebih awal dan balik paling lambat ianya mengajar aku banyak pengalaman yang membentuk aku menjadi manusia yang sempurna sebab pengalamanlah yang menjadikan kita lebih dewasa? Hari pertama aku kerja memang kekok dan awal awal lagi sudah buat masalah. Namun, bila sudah biasa aku boleh kawal semua itu.

Nak kongsi satu cerita ni, ada ‘customer’ ni ‘no need to mention their race lah!’ orang A ni tak angkat bakul dia atas ‘counter’ orang A ni suruh saya angkat? ? ? ? lepas tu, bila aku dah habis ‘scan’ barang dia dan sebut jumlah harga dia keluarkan duit dan letak ‘perlahan lahan duit dia atas ‘counter’? ? ? ? (macam lah aku ni hamba seraya dia, jijik sangat kah kerja ni? sehinggakan tangan aku pun tak nak tersentuh, celaka punya orang A) apa yang aku buat? berikan baki duit dengan orang A tu dengan dua tangan dan ucap terima kasih paling sopan di dunia ni! dengan senyuman lebih manis dari madu.

Itu orang A, sekarang kita lihat orang B. Ini lagi lah pelik ‘no need to mention their race lah!’ waktu tu macam biasalah duit syiling memang selalu cepat habis dan orang B ni ada baki 2 sen(RM2.72) aku hanya berikan RM2.70 sahaja sebab waktu tu syiling 1 sen aku dah habis. Orang B ni pun tunggu je lah sehingga aku berikan 2 sen dia tu. Sehinggakan berlalu dua ‘customer’ lain orang B tu masih berdiri ditepi ‘counter’ aku menunggu 2 sen dia tu. Aku dah kata: ‘maaf orang B, syiling 1 sen saya habis’ terus dia tengkingnya aku: ‘awak makan kah 2 sen tu’ ? ? ? ? aku pun apa lagi naik geram lah aku bagi syiling 10 sen: ‘nak saya derma je dengan kamu 8 sen bakinya tu’ ! ! ! ! tanpa aku sangka orang B tu baling syiling tu ke mukaku aku pun apa lagi: ‘hoi, bodoh! kalau kena mata aku tadi tu, bukan 8 sen aku derma? aku saman kau 8 ratus juta, macam lah kau boleh kaya dengan 2 sen tu, bodoh betul’ sampaikan malam tu aku kena ‘lecture’ oleh ‘treasury head dept.’

Dalam pada itu aku mengenali seseorang yang juga bekerja di situ. Aku tertarik dengan dia, tapi aku masih tidak boleh lupakan ‘mee arang ku’ tapi bila aku fikirkan mengapa aku harus menanti sesuatu yang tidak pasti dan masih timbul tanda tanya kan? Aku mula mengenali dia atau aku gelar dia ‘pak cik’. Pada masa itu kami sama sama tunggu keputusan STPM, alhamdulillah result kami meletopkan kepala dan dapat juga diterima masuk ke universiti iaitu Universiti Malaysia Sabah.

Pada mulanya aku amat kecewa bila dia katakan dia tidak berhasrat nak sambung belajar, namun pada ‘last minute’ apa nak urus PTPTN dan sebagainya….aku lah orang yang langsung tidak kenal dia menjadi ‘pemandu pelancong’ pada masa itu aku seperti dihambat cinta. Biar sekuat mana hati menjerit tapi masih lagi kaku berbicara.

Aku mula merasa cinta bila dia ambil berat dan ‘defence’ aku. Ah……bahagianya! tapi betulakh semua ini? Sewaktu kami dalam bas nak ke UMS aku duduk disebelah dia dan kami jalan malam waktu tu. Dan untuk pengatahuan kamu semua inilah kali pertama aku pergi jauh dari tempat tinggal aku, aku bergantung harap dengan dia sebagai ‘guard’ aku. Lagu yang buat aku tetap sayang dia bagi lagu ‘aku tetap sayang’ dan ‘izinkan ku pergi’ macam ‘relevent’ kan? Pada malam tu dia kenalkan semua ahli keluarga dia dengan aku pada gamabar dalm phone dia. Pada malam itu juga aku merasa cinta? malam tu aku tertidur dan asyik terjatuh kepala aku, lantas dia ambil kepala aku dan sandarkan dibahunya. Wah…….bahagianya!

Sehingga di universiti aku sering bersamanya, seolah olah Tuhan yang mahukan aku dengan dia namun aku pernah merasa andai ini Cuma perasaan ‘bodoh’ ku. Aku cuba memberanikan diri luahkannya. Macam biasalah aku lebih suka menulis surat dari cakap ‘face to face’. Dia terangkan dengan jelas dia sayangkan aku seperti dia sayangkan adiknya? ? ? ? aku hanya mampu menerima dengan rasa syukur.

Dalam pada yang sama aku kenali seorang yang sebenarnya langsung menarik hatiku, namun apa yang buat dia istimewa adalah sebab dia lebih pandai dari aku? Bila aku cuba hampiri dia ‘gosip’ mengalahkan artie popular! Dan kini aku tak peduli apa orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang aku buat.

Dalam pada itu juga aku masih rindukan ‘mee arang’…..

==============================================================

Kini, ‘mee arang’ masih punyai tempat dalam hatiku walaupun aku sudah berbatu batu jauh dengan dia. Selama ini aku tidak pernah membuka mulut dengan dia. Namun disebabkan tangan ku gatal nak SMS dia. Selang 3 bulan lepas tu baru dia replay! hahahahahahaha…………:-) aku pun tak tahu kenapa. Itupun dia nak bagi tahu keputusan STPM dia yang ditahap ‘okeylah’ tapi aku bukanya pandai sangat pun! Dia sibuk tanya, boleh tak aku masuk universiti dengan result macam ni? Siang dan malam aku berdoa untuk dia diterima masuk. Aku yajim dan percaya kedua orang tuanya pun turut memanjatkan doa yang sama. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan kini dia sedang menuntut di universiti ‘tentera’ Malaysia…tak kan lah kamu tak tahu kan? Herm…..apa apa pun aku masih lagi tak berani nak bagi tahu dia perkara yang sebenar.

Baru baru ni, sebelum Ramadhan dia ada SMS bertanyakan khabar. Itupun sebab aku SMS dia 2 minggu sebelum itu. Ark…….adakah patut? tapi aku ada tanya dia balik tak raya ni bab aku nak hadiah ‘birthday’. Aku nak sweater yang ada lambang universiti dia belajar tue, tapi dia kata mahal! so, dia nak belikan T’shirt je? Aku dah lah terkenal dengan perangai kepala batu, aku nak juga sweater tu dan kalau terpaksa aku akan kongsi 50% harganya dengan dia. Hah…..tak kan lah? Tapi aku tetap sayangkan dia.

Semua ini perasaan aku, aku tak pernah tipu diri sendiri. Kisah cinta ini akan tetap menjadi cerita dan bukan rialiti hakiki…..yang pasti aku masih punyai hati…….

yang benar

1 Comments:

At June 27, 2009 at 5:12 AM , Blogger miss iyta said...

jatuh cnta mmg indah .... lebih indah seandainya cnta kita tak btepuk sblh tgn...tp luahlah apa yg tpndm d ati anda....wlpon mgkin kita bakal bertepuk sblh tgn...tapi meluah itu lbih baek dr memendam rasa...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home