aksara

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi....."

Thursday, March 18, 2010

CUPCAKE yang aku ingin dari DIA


Satu keperluan atau kehendak. Aku sudah terlalu penat melalui semua ini. Dunia ini bagaikan terlalu kecil untuk aku. Puas aku luaskan fikiran dan perasaanku. Namun bila aku fikir semula, aku sebenarnya dalam dunia yang sememangnya luas tapi sikapku yang suka mengempitkannya. Aku terlalu suci untuk memilih cinta dan mencarinya. Kerana aku bukan mahukan Arjuna yang memanah tepat pada hatiku. Aku tidak inginkan Romeo yang melutut dan menghulurkan sejambak cinta. Aku tidak inginkan kesempurnaan. Tapi naluri seorang insan tidak dapat berbohong mungkin pada lafas bicara, tapi luahan hati tidak.

Kadang aku terlalu putus asa mendamba sesuatu yang tegar untuk menjadi pasti. Benarlah mimpi sukar menjadi hakiki. Tapi aku tidak pernah berputus asa andai satu malam nanti aku bisa menjadi orang yang paling bahagia. Aku hanya inginkan sesuatu yang mampu melengkapkan aku, melindungi aku, menyentuh dan mengenggam tanganku, mengucup dahiku dan memberikan segalanya untukku. Mungkin kesumparnaan inilah yang membuat aku terlalu memilih. Pada aku ianya bukan satu kesempurnaan sebaliknya asas pada sebuah hubungan.

Hubungan yang aku dambakan bukan sukar untuk aku perolahi malah terlalu mudah dan aku boleh dapatkan semudah dengan memberikan apa yang diinginkan sebagai galang gantinya. Tidak. Aku bukan berniaga. Aku tidaklah terdesak. Cuma hampir putus asa untuk menanti apa yang masih samar dan tegar menjadi sesuatu yang pasti. Semua orang dambakan cinta, semua orang mahu bercinta, semua orang ingin dicintai. Tapi sedalam dan sejauh mana kuatnya cinta itu.

Cinta

Aku tidak kenal frasa ini secara praktikalnya. Literal dan konseptualnya sudah cukup aku arif dengan rentak dan coraknya. Kadang-kadang kita ni cakap je pandai buatnya? Sebab selagi kita tak rasa sendiri selagi itu juga sukar untuk bagaimana kita mahu menterjemahkannya secara tepat dan jelas terutamanya frasa subjektif seperti cinta. Ianya pasti boleh menjadi makna kepada beberapa frasa lain. Setiap orang, lain pandangannya. Namun bagi aku cinta itu terlalu sempurna.

Memang aku menuntut kesempurnaan. Keperluan dan kemahuan dapat dibezakan dengan satu perkataan iaitu keadaan. Ia, keadaan akan menentukan sama ada sesuatu itu keperluan yang mahu tidak mahu mesti dan harus dipenuhi. Sedang kemahuan itu hanya tahap keinginan yang ingin dicapai, kalaupun gagal tidak menjadi masalah kerana kemahuan hanya bersifat temporari sahaja. Walaupun capaian hanya pada tahap yang tidak menepati sasaran itu, ianya sudah mencukupi andai kata ianya sudah melengkapi satu keperluan.
Sebagai contoh mudah, keperluan kita sebagai manusia adalah makan. Asas kepada makanan itu sendiri adalah makan ruji seperti beras, gandum, jagung, kentang dan sebagainya. Itu dalam kita memerlukan. Andai kata kita menginginkan yang lebih melampaui batasan asas maka itulah kemahuan.

Kemahuanku adalah satu keparluan

Aku hanya inginkan kesempurnaan dalam cinta yang mencakupi modul fizikal, modul penzahiran perasaan, modul pengiktirafan hubungan, modul pengisian kehidupan dan akhirnya modul meterial. Lima modul ini melengkapi sebuah cinta dalam hidupku. Namun di mana akan ku temui? Timbul persoalan asas. Bagaimana modul ini bergerak dan diaplikasikan? Secara fizikalnya, semua manusia mahukan yang sempurna begitu juga aku. Namun aku cukup sedar kekurangan pasti akan wujud. Tapi kenapa perlu ambil yang biasa kalau ada yang luar biasa.

Secara psikologinya, penzahiran perasaan itu satu titik nilai yang sangat penting yang akan menentukan di mana titik akhir garisan yang dibina oleh setiap hubungan. Maka ianya memerlukan pengiktirafan. Aku tidak mahu bergantung pada tali yang tidak terikat pada konkrit yang nyata. Tiada siapa yang mahu punyai hubungan yang disembungi dalam kocek sendiri. Lantas ianya akan menetukan bagaimana bentuk pengisian dalam kehidupan itu. Sama ada bebas bergerak dan bebas melangkah atau berpura-pura dihadapan yang lain sedang ada cinta antaranya. Metarial bukan segalanya. Tetapi tuntutan dunia hari ini cukup menjelaskan makna istilah ini sebaiknya.

Bila akan aku temui

Asas ini pun sukar dipenuhi bagaimana aku dapat menerima, dan disebabkan ini mungkin aku akan tidak akan temui cinta. Bila aku temui seseorang dan aku yakin dialah orangnya maka kebergantungan kepada nasib dan takdir masih lagi sebagai faktor luaran yang menjadi titik tolak penentu keberjayaan dan keberhasilannya. Mungkin belum masanya aku temui apa yang aku cari atau mungkin dia ada di depan mataku, sama ada dia yang tidak mahu mengakuinya atau aku yang tidak cukup memberikan tanda. Aku masih menunggu dan aku akan setia menunggu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home